Hamalat al-Arsy Arasy

Para Malaikat pemikul atau Malaikat pejunjung / pembawa 'Arsy terkenal dengan nama Hamalat al-‘Arsy (Arab: حملات العرش) dipercayai berjumlah empat sang Malaikat, setelah Hari Kiamat akan bertambah menjadi lapan sang Malaikat termasuk; 4 Malaikat Utama iaitu Malaikat Israfil, Malaikat Mikail, Malaikat Jibril, Malaikat Izrail dan Hamalat al-Arsy.[2] Didalam Al-Quran juga disebutkan para Malaikat ini, dalam Surah Al Haqqah 69 ayat 17:

Dan Malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. (Surah Al-Haqqah, 69:17)

Kewujudan Hamalat al-Arsy

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dari seorang sahabat Jabir bin Abdillah, wujud para Malaikat pemikul singgahsana Allah sangatlah besar dan jarak antara pundak Malaikat tersebut dengan telinganya sejauh perjalanan burung terbang selama 700 tahun.[3][4]

Dikatakan pula dalam hadis, bahawa Hamalat al-'Arsy memiliki sayap lebih besar dan banyak dibandingkan dengan Malaikat Jibril dan Malaikat Israfil. Dikatakan bahawa Hamalat al-'Arsy memiliki sayap berjumlah 2,400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1,200 sayap Malaikat Israfil, sedangkan Malaikat Israfil mempunyai 1,200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril. Rasulullah pernah melihat akan rupa sebenar Malaikat Jibril sebanyak 2 kali, iaitu ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Ketika Rasulullah melihat Malaikat Jibril dalam keadaan rupanya yang sebenar, Baginda lantas memuji Malaikat Jibril akan kehebatannya. Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap, apabila dibuka satu sayap maka gelaplah seluruh bumi ini. Namun begitu, Malaikat Jibril mengatakan kepada Rasulullah bahawa jangan memujinya kerana Rasulullah masih belum melihat Malaikat lain yang lebih hebat kejadiannya. Lalu Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril, "Ya Jibril, adakah masih ada Malaikat yang lebih hebat daripada kamu?" Malaikat Jibril menjawab, "Ya, ada." Malaikat Israfil mempunyai 1,200 sayap, yang satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril. Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi," Adakah Malaikat Israfil paling hebat?" Jawab Malaikat Jibril, "Tidak, Malaikat yang memikul Arasy Allah. Malaikat ini mempunyai 2,400 sayap yang satu sayapnya menyamai 1,200 sayap Malaikat Israfil".

Sedangkan Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar bin 'Arabi Al-Jawi Al-Bantani, seorang Wali besar dari tanah Jawa mengatakan bahawa, "Mereka adalah tingkatan tertinggi para Malaikat dan Malaikat yang pertama kali diciptakan, dan mereka berada di dunia sebanyak 4 Malaikat, pada saat kiamat akan berjumlah 8 Malaikat dengan bentuk kambing hutan. Jarak antara telapak kakinya sampai lututnya sejauh perjalanan 70 tahun burung yang terbang paling cepat. Adapun sifat dari Arsy, dikatakan bahawa Arsy adalah permata berwarna hijau dan Arsy adalah makhluk yang paling besar dalam penciptaan. Dan setiap harinya Arsy dihiasi dengan 1000 warna daripada cahaya, tidak ada satu makhluk pun dari makhluk Allah Taala yang sanggup memandangnya. Dan segala sesuatu seluruhnya di dalam Arsy seperti lingkaran ditanah lapang...Dikatakan sesungguhnya Arsy merupakan kiblat para penduduk langit.. sebagaimana Kaabah sebagai kiblat penduduk bumi..."[5]